ShoutMix chat widget

::..Geng Cik Niesa..::

Thursday, August 12, 2010

McFly : All About You Lyrics


It's all about you (it's about you)
It's all about you baby (it's all about)
It's all about you (it's about you)
It's all about you

Verse 1:
Yesterday you asked me something I thought you knew
So I told you with a smile, it's all about you
Then you whispered in my ear and you told me too
Said you'd make my life worthwhile, it's all about you

Chorus:
And I would answer all your wishes
If you ask me to
But if you deny me one of your kisses
Don't know what I'd do
So hold me close and say three words like you used to do
Dancing on the kitchen tiles, it's all about you, yeah!

(Guitar solo)

Chorus 2:
And I would answer all your wishes
If you ask me to
But if you deny me one of your kisses
Don't know what I'd do
So hold me close and say three words like you used to do
Dancing on the kitchen tiles
Yes you make my life worthwhile
So I told you with a smile
It's all about you

It's all about you (it's about you)
It's all about you baby (it's all about)
It's all about you (it's about you)
It's all about you baby (it's all about)

p/s: tq Encik H..I will keep this forever n ever..



Wednesday, August 11, 2010

Hasil Selongkar Loker

          Salam sume. Ari ni aku nak cite pasal barang misteri yang aku jumpe hasil daripada misi menyelongkar loker yang dah lama tak bukak. Bukak punye bukak aku terjumpa benda yang dah lama aku tak jumpa. Nak tau tak ape yang aku jumpe. Jeng jeng jeng. Hik3. Aku terjumpa gambar-gambar aku masa kecik dulu. Kalau tak silap aku masa tue aku masih berumur lingkungan  3 tahun ke 4 tahun gitu. Bila tengok balik aduhhh malunye..Nak tengok tak?. Nah. Amik ko. He3. Tengok jew tapi jangan komen. Ho3



          Kalau korang nak tau budak yang kat atas ni, bukan aku eh budak ni sorang budak yang teramat nakal. Nak tau tak ape yang budak kecik ni slalu buat. Jom tengok kat bawah ni. He3

1. Suka main mancis tapi bila da besar takut plak dengan mancis. He3
2. Suka main kat parit. Adat la eh budak kecik memang suke main kat parit. (Ayat cover line..hu3)
3. Suka main lumpur bila balik ke kampung. 
4. Suka buli budak laki. Pernah tarik telinga budak laki yang 3 tahun lebih tua daripada die. Tak sedar diri budak tue kecik. He3. Die tarik pon sebab budak laki tue buli kawan die. Ha3
5. Suke main wau tapi tak pernah berjaya menerbangkan wau. Tiap kali kalau nak main wau die akan upah budak laki untuk menerbangkan wau. Upah die murah jew. 50 sen jew. He3
6. Kapten bola sepak kat kampung bawah 6 tahun. Ha3
7. Pernah jatuh longkang akibat daripada merempit. Rempit pon bukan guna motosikal k. Guna basikal jew. He3
8. Budak kecik ni suke berniaga ya kawan2. Budak ni pernah menjual kopi dan buah jambu keliling kampung. Tak pernah tak abes k. Ho3. Puji diri sendiri. He3

Aku percaya korang pon ade pengalaman macam aku gak kan, So, share2 la cite korang kat sini.: )


Lirik Lagu Tema Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3 | Ku Memohon Padamu - Fida



Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita

Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu

Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu
Ku Memohon Padamu


Layan lagu tema Epilog Syurga Cinta kat bawah ni : )


Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak


          Salam sume..Lama da aku tak menghapdate belog yang da semakin berhabuk nie. Nak kata sebok memanjang tak jugak tapi penyakit malas nak hapdate tu yang sentiasa menghantui aku..ha3..Bila la aku nak berubah kan. So, entry yang aku buat ari ni berkaitan dengan bulan Ramadhan Al-Mubarakh. Aku adalah antara orang yang paling lambat buat ucapan Selamat Berpuasa tapi takpe la janji ado. Hari kedua buat ucapan taklah lambat sangat. Kalau mingggu kedua baru nak buat ucapan tue memang sah2 nak kena hempuk. 

          Hari aku sebagai blogger yang agak baru nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh kepada semua blogger dan seluruh umat Islam seantero dunia. Diharap bulan Ramadhan ini dapat memberikan kita peluang untuk beribadat kepada Allah SWT. Dengan keseronokan kita menjamu juadah berbuka puasa dan membeli juadah di bazaar, janganlah kita lupa kepda orang yang tidak bernasib baik di luar sana ye. Berhemahlah semasa membeli makanan di bazaar. Jangan beli mengikut nafsu, kalau ikut nafsu sume makanan yang ade kat bazaar nak diborong. Macam la sume makanan tue nak pupus ditelan dek zaman..he3. Akhir sekali, Ramadhan bukan bulan untuk kita makan tapi bulan untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah.


Sunday, August 1, 2010

Bagaimana Nak Kekalkan Duit Tabung Versi Cik Niesa


Salam sume..Ari ni aku nak bagi tips bagaimana nak kekalkan duit tabung. Pose pon da nak dekat dan raya pon da hampir nak menjelang..chewahh. Bahasa ko..hak3..Aku tau masa raya tue la korang sebok nak mengumpul duit raya. Umo macam aku nih masih dapat duit raya ke..hu3..Time raya nanti aku dengan condifentnye korang mesti dapat banyak duit raya kan..Apa kata duit yang korang dapat dapat tue nanti korang simpan dalam tabung. Selain dapat membantu ketika kecemasan, isi tabung tue gak bebas dari keuntungan riba...ha3.. Bak kata pepatah, berdikit-dikit lama2 jadi bukit. Masalahnya adalah untuk mengekalkan duit tabung daripada terusik. Walaupun ambil sedikit2, lama2 akan abes gak. So, aku dengan berbesar hati nak bagi korang tips macam mane nak kekalkan duit dalam tabung..

1. Bila korang nak menabung, korang jangan lupa tukar duit not kertas kepada duit syiling satu sen..ha3..Sure korang takkan belanja duit tue..
2. Upah samseng yang akan memukul andainya korang mengorek tabung. Kalau korang da upah samseng sure korang takut nak amik. Kalau korang nak amik gak sure korang tak dapat duit tue tapi korang dapat penumbuk..he3
3. Minta awek atau pakwe korang simpankan tabung korang. Kalau tak ade pakwe atau makwe suruh kucing kat rumah yang jaga...he3
4. Buat-buat lupa ade duit dalam tabung. Kalau korang jumpe tabung tue gak, korang pura-pura tanya kat orang amende benda ni, ntah2 bom kot..hik3
5.Buatkan tabung yang anti-koreksi aka anti korek isi...he3..Maksud die ciptakan tabung tanpa lubang kat bawah. Baru la selamat..
6. Minta emak korang sorokkan tabung korang. Kalau emak korang tue jenis berjimat cermat gerenti mak korang gitau korang "aisehmen, sekali emak lupe la kat mane mak sorok daa"...he3

"Renung2kan dan Selamat Menabung"

Saturday, July 31, 2010

::..Happy Friendship Day..::


1 2 3..Action!!!.  Wan Khairunnisa Binti Wan Mohammad ingin mengucapkan Happy Friendship Day kepada sume member2 yang mengenali aku sepanjang aku hidup nih..he3..Banyak suka duka..Yang duka tue aku tak nak hengat...

Kepada
Amyrah Bt Abdul Hadi
Dania Omar
Izzati Bt Zolpata
Jamaiah Binti Ruslan Mayah aka ayam@cik nyet
Nur Hasliny Bt Junaidi aka Miss Bong
Nur Syamimi Bt Sulaiman
Samsiyah Bt Talip
Siti Nurul Shuhada Bt Mohd Zain aka Che Mek Budu
My Ex classmate
My Ex schoolmate
  My Ex roomate

(Nama mengikut urutan dan tidak ada yang lebih atau yang kurang hik3..kepada sape2 yang nama die tak de dalam list..sorry..kalau nak taip sume alamatnya sampai ke esok tak
abes..hu3...tapi korang tetap aku hengat sampai bile2..)

dan tak lupa gak kepada Encik Harez..he3

"Happy Friendship Day"

Fruitarre Strawberry atau Kiwi????

Kalau korang tanya aku sedap sangat ke aiskrim nih, aku dengan muka ala-ala sinchan bagitau korang flavour strawberry jew yang sedap. Walaupun rasa die masam-masam manis. I like..ha3..Sebab aku ni peminat strawberry..ha3..Kalau kiwi plak aku suggest kat korang takyah beli coz rasa die macam jeruk..Dengan muka toya aku bagitau korang tetttttt tak sedap. Menyesal aku beli aiskrim flavour kiwi. Ingatkan kalau strawberry da sedap kiwi mesti sedap gak.Indah khabar dari rupa..hu3..Lebih baik aku beli aiskrim 1 Malaysia..ha3

::.. 3 3 Sekupang..::


Salam sume..lama da aku tak menghapdate blog nih..Idea mencurah-curah ke ladang gandum tapi penyakit M aku mengatasi segalanya..chewahh..Okay kita straight to da point je eh..Baru-baru nih dalam semangat mengemas rumah aku berkobar-kobar aku terjumpa handset yang da lama aku tak jumpa. Lepas aku beli handset baru, 3310 tue aku bagi kat mak aku. Abes madu sepah dibuang..he3.. Bila aku tanya mane handset yang aku bagi tue mak aku dengan riak muka die yang takde rasa bersalah bagitau yang handset tue da hilang. Aku tanya betol kew da hilang. Aku tanya lagi sekali sebab nak dapatkan kepastian sebab mak aku ni selalu sangat membelitkan fakta...ha3..Alih-alih 2 minggu lepas aku terjumpa handset 3310 aku tue kat dalam almari baju mak aku. Dengan perasaan sedih dan dukacitanya aku mengeluh. Kepada Puan Jasmina anda telah menipu anakmu yang tak berdosa nih...ha3,,poyo jew statement aku nih...

Sayang betol aku dengan handset aku nih sebab banyak sangat suka duka aku dengan handset nih..(nak kasi mood sedih cket..ha3)..3310 nih handset pertama aku. Aku nih antara orang yang lambat dalam bab-bab teknologi nih coz aku dapat handset pertama lepas Form 5. Sekarang budak-budak umo 7 tahun pon da ade handset siap ade 3g lagi..Handset ni pernah gak kena baling kat hostel. Nasib baik tak terkelur dari tingkap bilik..ha3..Handset ni jugak pernah mendapat mesej jiwang. Kali pertama aku dapat mesej jiwang. Tapi malangnya mesej tue tak sempat hidup lama dalam handset tue coz aku terus delete. Mesej tue pon aku tak sempat baca habis sebab ayatnya terlalu maha jiwang. Padan muka dengan orang yang hantar mesej tue sape suruh hantar mesej dengan budak heartless semester 1 macam aku..Handset ni jugak pernah dapat call dari budak yang tak reti tido malam yang mengganggu budak heartless tengah lena dibuai mimpi.ha3. Lepas 2 3 patah dak laki tue cakap aku dengan sepantas kilatnya endcall...Handset ni aku sempat pakai sampai semester 1 jew...Lepas semester 2 aku da tukar handset baru..Almaklum la poket penuh dengan duit PTPTN...ha3..