ShoutMix chat widget

::..Geng Cik Niesa..::

Thursday, August 12, 2010

McFly : All About You Lyrics


It's all about you (it's about you)
It's all about you baby (it's all about)
It's all about you (it's about you)
It's all about you

Verse 1:
Yesterday you asked me something I thought you knew
So I told you with a smile, it's all about you
Then you whispered in my ear and you told me too
Said you'd make my life worthwhile, it's all about you

Chorus:
And I would answer all your wishes
If you ask me to
But if you deny me one of your kisses
Don't know what I'd do
So hold me close and say three words like you used to do
Dancing on the kitchen tiles, it's all about you, yeah!

(Guitar solo)

Chorus 2:
And I would answer all your wishes
If you ask me to
But if you deny me one of your kisses
Don't know what I'd do
So hold me close and say three words like you used to do
Dancing on the kitchen tiles
Yes you make my life worthwhile
So I told you with a smile
It's all about you

It's all about you (it's about you)
It's all about you baby (it's all about)
It's all about you (it's about you)
It's all about you baby (it's all about)

p/s: tq Encik H..I will keep this forever n ever..



Wednesday, August 11, 2010

Hasil Selongkar Loker

          Salam sume. Ari ni aku nak cite pasal barang misteri yang aku jumpe hasil daripada misi menyelongkar loker yang dah lama tak bukak. Bukak punye bukak aku terjumpa benda yang dah lama aku tak jumpa. Nak tau tak ape yang aku jumpe. Jeng jeng jeng. Hik3. Aku terjumpa gambar-gambar aku masa kecik dulu. Kalau tak silap aku masa tue aku masih berumur lingkungan  3 tahun ke 4 tahun gitu. Bila tengok balik aduhhh malunye..Nak tengok tak?. Nah. Amik ko. He3. Tengok jew tapi jangan komen. Ho3



          Kalau korang nak tau budak yang kat atas ni, bukan aku eh budak ni sorang budak yang teramat nakal. Nak tau tak ape yang budak kecik ni slalu buat. Jom tengok kat bawah ni. He3

1. Suka main mancis tapi bila da besar takut plak dengan mancis. He3
2. Suka main kat parit. Adat la eh budak kecik memang suke main kat parit. (Ayat cover line..hu3)
3. Suka main lumpur bila balik ke kampung. 
4. Suka buli budak laki. Pernah tarik telinga budak laki yang 3 tahun lebih tua daripada die. Tak sedar diri budak tue kecik. He3. Die tarik pon sebab budak laki tue buli kawan die. Ha3
5. Suke main wau tapi tak pernah berjaya menerbangkan wau. Tiap kali kalau nak main wau die akan upah budak laki untuk menerbangkan wau. Upah die murah jew. 50 sen jew. He3
6. Kapten bola sepak kat kampung bawah 6 tahun. Ha3
7. Pernah jatuh longkang akibat daripada merempit. Rempit pon bukan guna motosikal k. Guna basikal jew. He3
8. Budak kecik ni suke berniaga ya kawan2. Budak ni pernah menjual kopi dan buah jambu keliling kampung. Tak pernah tak abes k. Ho3. Puji diri sendiri. He3

Aku percaya korang pon ade pengalaman macam aku gak kan, So, share2 la cite korang kat sini.: )


Lirik Lagu Tema Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3 | Ku Memohon Padamu - Fida



Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita

Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu

Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu
Ku Memohon Padamu


Layan lagu tema Epilog Syurga Cinta kat bawah ni : )


Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak


          Salam sume..Lama da aku tak menghapdate belog yang da semakin berhabuk nie. Nak kata sebok memanjang tak jugak tapi penyakit malas nak hapdate tu yang sentiasa menghantui aku..ha3..Bila la aku nak berubah kan. So, entry yang aku buat ari ni berkaitan dengan bulan Ramadhan Al-Mubarakh. Aku adalah antara orang yang paling lambat buat ucapan Selamat Berpuasa tapi takpe la janji ado. Hari kedua buat ucapan taklah lambat sangat. Kalau mingggu kedua baru nak buat ucapan tue memang sah2 nak kena hempuk. 

          Hari aku sebagai blogger yang agak baru nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh kepada semua blogger dan seluruh umat Islam seantero dunia. Diharap bulan Ramadhan ini dapat memberikan kita peluang untuk beribadat kepada Allah SWT. Dengan keseronokan kita menjamu juadah berbuka puasa dan membeli juadah di bazaar, janganlah kita lupa kepda orang yang tidak bernasib baik di luar sana ye. Berhemahlah semasa membeli makanan di bazaar. Jangan beli mengikut nafsu, kalau ikut nafsu sume makanan yang ade kat bazaar nak diborong. Macam la sume makanan tue nak pupus ditelan dek zaman..he3. Akhir sekali, Ramadhan bukan bulan untuk kita makan tapi bulan untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah.


Sunday, August 1, 2010

Bagaimana Nak Kekalkan Duit Tabung Versi Cik Niesa


Salam sume..Ari ni aku nak bagi tips bagaimana nak kekalkan duit tabung. Pose pon da nak dekat dan raya pon da hampir nak menjelang..chewahh. Bahasa ko..hak3..Aku tau masa raya tue la korang sebok nak mengumpul duit raya. Umo macam aku nih masih dapat duit raya ke..hu3..Time raya nanti aku dengan condifentnye korang mesti dapat banyak duit raya kan..Apa kata duit yang korang dapat dapat tue nanti korang simpan dalam tabung. Selain dapat membantu ketika kecemasan, isi tabung tue gak bebas dari keuntungan riba...ha3.. Bak kata pepatah, berdikit-dikit lama2 jadi bukit. Masalahnya adalah untuk mengekalkan duit tabung daripada terusik. Walaupun ambil sedikit2, lama2 akan abes gak. So, aku dengan berbesar hati nak bagi korang tips macam mane nak kekalkan duit dalam tabung..

1. Bila korang nak menabung, korang jangan lupa tukar duit not kertas kepada duit syiling satu sen..ha3..Sure korang takkan belanja duit tue..
2. Upah samseng yang akan memukul andainya korang mengorek tabung. Kalau korang da upah samseng sure korang takut nak amik. Kalau korang nak amik gak sure korang tak dapat duit tue tapi korang dapat penumbuk..he3
3. Minta awek atau pakwe korang simpankan tabung korang. Kalau tak ade pakwe atau makwe suruh kucing kat rumah yang jaga...he3
4. Buat-buat lupa ade duit dalam tabung. Kalau korang jumpe tabung tue gak, korang pura-pura tanya kat orang amende benda ni, ntah2 bom kot..hik3
5.Buatkan tabung yang anti-koreksi aka anti korek isi...he3..Maksud die ciptakan tabung tanpa lubang kat bawah. Baru la selamat..
6. Minta emak korang sorokkan tabung korang. Kalau emak korang tue jenis berjimat cermat gerenti mak korang gitau korang "aisehmen, sekali emak lupe la kat mane mak sorok daa"...he3

"Renung2kan dan Selamat Menabung"

Saturday, July 31, 2010

::..Happy Friendship Day..::


1 2 3..Action!!!.  Wan Khairunnisa Binti Wan Mohammad ingin mengucapkan Happy Friendship Day kepada sume member2 yang mengenali aku sepanjang aku hidup nih..he3..Banyak suka duka..Yang duka tue aku tak nak hengat...

Kepada
Amyrah Bt Abdul Hadi
Dania Omar
Izzati Bt Zolpata
Jamaiah Binti Ruslan Mayah aka ayam@cik nyet
Nur Hasliny Bt Junaidi aka Miss Bong
Nur Syamimi Bt Sulaiman
Samsiyah Bt Talip
Siti Nurul Shuhada Bt Mohd Zain aka Che Mek Budu
My Ex classmate
My Ex schoolmate
  My Ex roomate

(Nama mengikut urutan dan tidak ada yang lebih atau yang kurang hik3..kepada sape2 yang nama die tak de dalam list..sorry..kalau nak taip sume alamatnya sampai ke esok tak
abes..hu3...tapi korang tetap aku hengat sampai bile2..)

dan tak lupa gak kepada Encik Harez..he3

"Happy Friendship Day"

Fruitarre Strawberry atau Kiwi????

Kalau korang tanya aku sedap sangat ke aiskrim nih, aku dengan muka ala-ala sinchan bagitau korang flavour strawberry jew yang sedap. Walaupun rasa die masam-masam manis. I like..ha3..Sebab aku ni peminat strawberry..ha3..Kalau kiwi plak aku suggest kat korang takyah beli coz rasa die macam jeruk..Dengan muka toya aku bagitau korang tetttttt tak sedap. Menyesal aku beli aiskrim flavour kiwi. Ingatkan kalau strawberry da sedap kiwi mesti sedap gak.Indah khabar dari rupa..hu3..Lebih baik aku beli aiskrim 1 Malaysia..ha3

::.. 3 3 Sekupang..::


Salam sume..lama da aku tak menghapdate blog nih..Idea mencurah-curah ke ladang gandum tapi penyakit M aku mengatasi segalanya..chewahh..Okay kita straight to da point je eh..Baru-baru nih dalam semangat mengemas rumah aku berkobar-kobar aku terjumpa handset yang da lama aku tak jumpa. Lepas aku beli handset baru, 3310 tue aku bagi kat mak aku. Abes madu sepah dibuang..he3.. Bila aku tanya mane handset yang aku bagi tue mak aku dengan riak muka die yang takde rasa bersalah bagitau yang handset tue da hilang. Aku tanya betol kew da hilang. Aku tanya lagi sekali sebab nak dapatkan kepastian sebab mak aku ni selalu sangat membelitkan fakta...ha3..Alih-alih 2 minggu lepas aku terjumpa handset 3310 aku tue kat dalam almari baju mak aku. Dengan perasaan sedih dan dukacitanya aku mengeluh. Kepada Puan Jasmina anda telah menipu anakmu yang tak berdosa nih...ha3,,poyo jew statement aku nih...

Sayang betol aku dengan handset aku nih sebab banyak sangat suka duka aku dengan handset nih..(nak kasi mood sedih cket..ha3)..3310 nih handset pertama aku. Aku nih antara orang yang lambat dalam bab-bab teknologi nih coz aku dapat handset pertama lepas Form 5. Sekarang budak-budak umo 7 tahun pon da ade handset siap ade 3g lagi..Handset ni pernah gak kena baling kat hostel. Nasib baik tak terkelur dari tingkap bilik..ha3..Handset ni jugak pernah mendapat mesej jiwang. Kali pertama aku dapat mesej jiwang. Tapi malangnya mesej tue tak sempat hidup lama dalam handset tue coz aku terus delete. Mesej tue pon aku tak sempat baca habis sebab ayatnya terlalu maha jiwang. Padan muka dengan orang yang hantar mesej tue sape suruh hantar mesej dengan budak heartless semester 1 macam aku..Handset ni jugak pernah dapat call dari budak yang tak reti tido malam yang mengganggu budak heartless tengah lena dibuai mimpi.ha3. Lepas 2 3 patah dak laki tue cakap aku dengan sepantas kilatnya endcall...Handset ni aku sempat pakai sampai semester 1 jew...Lepas semester 2 aku da tukar handset baru..Almaklum la poket penuh dengan duit PTPTN...ha3..

Thursday, July 29, 2010

::..Contest Design Blog Untuk Cik Niesa..::

Salam sume...Ni first time aku wat contest untuk bloggerz..First contest nih aku nak wat contest design blog..Disebabkan aku nih terlalu buta photoshop (ha3) so aku nak minta korang wat design blog untuk aku..Da berbulan-bulan aku bertapa kat gua tapi tak jugak lulus lesen photoshop...hu3...Okay, skang kita straight to the point eh...Banyak sangat da merapu nih..hu3..

Syarat-syarat penyertaan:
1. Mestilah warganegara Malaysia...hu3..(betol2 nih..bukan gurauan eh..cz tak larat cik niesa nak mengepos luar dr Malaysia..he3)
2. Design mestilah bertemakan vintage atau kanak-kanak riang.(sungguh melampau temanya...hik3).
3. Wat satu entry tentang design korang dan tinggalkan link entry korang kat bahagian comment nih.Tajuk entry korang mestilah 
"Contest Design Blog Untuk Cik Niesa"
4. Kene jadi follower aku dulu...ha3..gurau jew la....
5. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos 2010...
6. Design untuk blogspot dan bukan wordpress..

Hadiah belom lagi ditentukan...Tapi yang pasti hadiah bernilai RM30...Selamat Berjaya!!!!!

Nama peserta akan di hapdate dari semasa ke semasa...

Wednesday, July 28, 2010

Sorry


I’m sorry of being so emotional
I’m sorry of being so possessive
I’m sorry that I cry for you
I’m sorry because I can’t live without you

I’m sorry for the tears you shed
I’m sorry for the damage I made
I’m sorry I’ve made you sick
Sorry I hurt you so deep

I’m sorry for giving you sleepless nights
I’m sorry for each and every fight
I’m sorry for your pain & agony
I’m sorry for the missing harmony

I’m sorry for my selfish love
I’m sorry for not caring enough
I’m sorry for my restlessness
I’m sorry for the losing grace

I’m sorry my friend I made you mad
I’m sorry darling you are so sad
Sorry for not giving you any happiness
Sorry because it’s my disgrace

I’m sorry for thinking of you so very much
I’m sorry I always miss your touch
I’m sorry of being so mad about you
I’m sorry for my every blue
I’m sorry of being so immature
I’m sorry now that can’t be cured
I’m sorry of being myself
I’m sorry that I’ve failed

I’m sorry and sorry again
I’m sorry of being insane
But believe me that I love you
Should I say sorry for that too?

Saturday, July 10, 2010

13 Julai

Entry yang bertajuk 13 Julai tapi aku post 11 haribulan...he3...Aku post awal sebab aku takut aku tak sempat nak post entry nih atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan he3 (aku asyik2 tak dapat elak coz aku ni bukan pakar men elak)..


MyHotComments.com


MyHotComments.com


MyHotComments.com


This is what I call luv: MyHotComments.com


p/s: Speachless...

Resepi sayur paku masak belacan


Bahan-bahan A
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Belacan
Ikan bilis
2 biji cili

Bahan B
2 ikat paku pakis (makan untuk 5 orang)
SecubitAjinomoto
Secubit garam

Cara Memasak:
1. Bahan-bahan A ditumbuk dan pastikan bahan-bahan tersebut ditumbuk dengan lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A tersebut sehingga naik bau.
3. Selepas bahan-bahan tersebut naik bau, masukkan sayur paku yang telah dibasuh ke dalam kuali.
4. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga masak.


5. Akhir sekali letakkan secubit ajinomoto dan garam.

P/S: Saya budak baru blaja...First time wat entry resepi...hu3

Kisah Aku dan Wayang Cathay



Salam sume..Ari nih aku nak cite kat korang pasal pengalaman aku tengok wayang kat Cathay yang ala-ala zaman P.Ramlee gitu.he3..Mesti korang tak caya kan..Still ade ke panggung wayang Cathay masa aku kecik?..Aku nih kira bernasib baik dapat pegi sebab setahun lepas aku pegi panggung wayang tue da tutup...Masa tue umo aku dalam 7 tahun gitu. Filem yang aku tengok masa tue kalau tak salah aku filem Sembilu 2...hik3..Kecik-kecik dulu aku da pandai jiwang2 nih. Aku minat sangat filem kalau ade Awie dan Erra Fazira. Kira sume filem dorang aku tonton termasuklah Bara, Gemilang, Maria Mariana dan Sembilu...Walaupun filem dorang berkonsepkan jiwang (chewahhh...ha3) aku layannn gak walaupon belom cukup umo..he3..
Okay sekarang aku nak cite kat korang first time aku masuk panggung wayang Cathay..Korang pon tau kan panggung Cathay lama macam mana rupa dia..Sebelum aku masuk tue mak saudara aku sempat gitau nanti kalau da duduk dalam panggung jangan lupa simpul kaki takut tikus merayap kat bawah kerusi silap-silap kaki korang kena jilat dek tikus a.k.a penghuni setia cathay (uwekkkk...rasa nak muntah lak..hu3). Bila melangkah je dalam panggung tue hanya Allah je yang tau macam mana keadaan panggung tue yang penuh dengan sampah sarap dan jerebu buatan hasil daripada perokok yang takde kesedaran fizik...opsss salah, kesedaran sivikla...he3..Nak tak nak terpaksa je aku redah sebab da terlalu obses nak tonton cite sembilu..Yang paling aku bengang masa tue da ar panas dalam panggung tue tengah aku syok2 tengok ade ar satu kaki yang boleh aku katakan seperti kaki bapak gorila hinggap kat belakang kerusi aku. Mentang-mentang ar aku ni budak kecik  masa tue (masa tue je eh..ha3) suke suki je die letak kaki die kat belakang kerusi aku..Kalau la aku ade gergaji nak je aku kerat kaki die..Lagi satu yang aku tak puas ati masa tue, da ar aku budak kecik sempat gak dorang wat filem sendiri arahan yusof selam (ha3) kat belakang...Masa kitorang pegi tengok wayang mak saudara sempat gak beli aku keropok, air coca cola dan gula batu tapi bila da masuk dalam panggung tue aku tak jamah pon..Mana ade selera lagi aku nak makan kalau panggung da macam kandang ayam..Alih2 makanan tue kitorang makan kat umah jew.he3..Tapi zaman sekarang da ok sebab keadaan panggung yang bersih dan selesa tak macam dulu..Tapi satu jew benda yang tak dapat dibuang sampai sekarang..Korang nak tau tak ape?????...Jawapannya....jeng3..he3..Dari dulu sampai sekarang ade jew orang yang tengok wayang sambil wat filem kat belakang....Betol tak????..ha3..


P/S: Sampai sekarang aku minat lagu bara, ratuku, tragedi oktober, maria-mariana, di ambang wati...hik3

Kisah aku dengan budak sekolah yang terlebih makan ayam KFC

Gambar Hiasan

Salam sume...Malam nih aku nak cite korang pasal budak sekolah rendah yang terlebih makan ayam KFC. Korang tau tak nape aku bagitau korang gitu???.ha3. Empat ari lepas berlaku kejadian yang bleh aku anggap budak terlebih asam jawa sebab masa aku jemur kain kat depan rumah aku ade ar segerombolan budak sekolah rendah yang lalu kacau aku. Entah ar dalam dua tiga minggu ni ade je benda2 yang ngok ngek berlaku kat aku masa aku nak jemur baju. Okay, kita sambung lagi eh. Segerombolan BUDAK tue bleh la aku agak umur dorang dalam 11 tahun gitu sedangkan aku nih 21 tahun. Ape punye budak la zaman sekarang suke suki je kacau orang tak kira umur. Aduhh..Ini ar akibat budak zaman sekarang yang terlebih makan ayam KFC dan perangai pon da macam ayam da..hu3..Nak je aku bagi sound cket kat dorang tapi nanti bila aku sound jiran-jiran aku cop aku perempuan gila plak coz gaduh dengan budak kecik. (Muda2 da jadi gila..Ape kess..ha3.)..Aduhh.. So, aku diam jew la sambil mengfokuskan diri menjemur baju yang masih melambak..hik3. Sedangakan dalam ati nak je aku tenyeh2 je muka dorang dengan bakul kain.ha3. Kalau anak aku buat gitu huhh siap la dorang (macam la aku ni da kawen..ha3)..
Kesimpulannya, jangan galakkan anak anda makan ayam KFC...ha3..Suke suki jew aku larang budak kecik makan ayam KFC..ha3..

P/s: Teringin nak makan ayam goreng...hu3...sedap..nyum3

Kisah Aku dan Telur Ayam

Salam sume...Lama da aku tak menghupdate blog ni eh atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.hik3. Okay lah. Ari nih aku nak bagitau korang pasal telur ayam. Mesti korang tertanya nape aku nak cite pasal telur ayam plak kan sedangkan banyak lagi benda yang bleh di cite terutamanya bola. Tapi aku tetap gak nak cite pasal telur ayam nih.he3.(ngada2 je aku). Minggu lepas aku goreng telur ayam, dalam syok2 aku nak pecah telur tue aku tengok telur kuning ayam tue ade 2. Masa aku tengok telur kuning tue kepala aku ligat berfikir gak. Kata orang dulu-dulu la eh kalau kita makan makanan yang pada asalnya diciptakan oleh Allah 1 tiba-tiba bleh jadi kembar siam tue (he3) kalau dimakan orang cakap bleh dapat anak kembar (ha3). Tanpa berlengah lagi aku pon goreng la telur tue dan sebelum aku bagi orang lain makan aku makan dulu (dalam hati teringin nak dapat anak kembar. Taknak beranak banyak kali tue sebab nak beranak kembar jew..ha3). Betul ke tidak kepercayaan tue aku pon tak amik port sangat. Syirik ye kawan-kawan he3. Kebetulan kita cite psal makanan yang tiba2 dilahirkan kembar siam ni, dulu aku pernah jumpa jantung pisang, pisang, limau kasturi kembar siam.

Haa...tue ar bentuk telur kuning yang aku jumpa ari tue. Rasa tetap sama eh walaupun telur kuning tue kembar siam.ha3. Sorry tak de gambar yang real sebab ari tue fon aku lowbat tarak dapat amik gambar. Jangan korang cakap aku auta plak sebab takde gambar yang real..hik3..Tata tutu...daaaa..

Tuesday, June 22, 2010

Kisah Aku dan Hanger

Salam sume. Malam nih aku nak cite kat korang 1 kejadian yang agak memalukan aku.hu3. Semalam aku jemur baju kat depan rumah. Semalam entah angin mane yang masuk dalam badan aku tiba2 je control ayu jemur baju. Dalam kelekaan aku melayan perasaan control ayu aku tuh (ngok ngek je.he3), aku amik la 1 hanger nih. Bile aku nak masukkan hanger dalam baju, baru aku perasan yang badan hanger tue kudung sebelah. Maksud aku bahagian sebelah kanan hanger tue patah. Yang pelik nya bahagian yang patah tue nampak mcm tak patah pon. Elok je die patah. Nasib baikla bile aku perasan hanger tue kudung orang tak de lalu lalang kat depan rumah aku. Kalau tak memang aku takkan keluar dari ramah ler 1 hari tue.


Cite pasal control ayu nih aku teringat la masa aku kat hostel dulu. Aku selalu bagitau kat member2 aku, "dimana sahaja anda berada kita mesti control ayu".he3. Even kita terjatuh pon cepat2 la bangun sebelum orang lain perasan.he3. Aku selau gak wat gitu. Kalau aku terjatuh kat tangga ke aku cepat2 berdiri n wat macam tak de pape berlaku. Biase la aku bajet cover line.he3.

Haa. Nie la hanger kudung sebelah tue. Cuba tengok kat hujung hanger tue, patah elok je kan.he3. Okay la sampai kat sini je la entri kite ari nih. Tata tutu titi. Berjumpa kita nanti dihari yang sama dan waktu yang sama dan sudah tentu di blog niesa mohammad..ha3..

Hadiah Cupcake Untuk Aku

image



Hadiah Cupcake untuk aku???..Ye..mmg ade orang bagi cupcake kat aku tapi bukan cupcake yang real tau. Its hp charm yang berbentuk cupcake. Thanks ezloveycraftsebab bagi hp charm. Korang nak tau tak nape aku bleh dapat hp charm cupcake nih. Sebabnya aku merupakan follower yang ke-100 blog die. Blog aku bile eh bleh dapat follower sampai 100.hik3.Oklah sebelum aku post kan entry nih. Kalu korang berminat dengan dan nak order hp charm yang cute nih korang bleh klik sini.Dorang bukan just jual hp charm berbentuk cupcake je tau. Banyak lagi bentuk-bentuk hp charm cute yang lain. K la, tata tutu titi.

Saturday, June 19, 2010

*Selipar Jepun Pink Giveaway*


Salam sume...Ari nih dalam sejarah sebab nih pertama kali aku join giveaway n contest..Kire ari nih langkah pertama aku untuk berjinak2 di alam giveaway nih..So, ari nih aku da join satu giveaway kat 1 blog nih. Nama blog die balqyys.blogspot.com. Syarat penyertaan yang mudah just tinggalkan comment korang kat giveaway tuan punye blog dan sebarkan giveaway nih kat blog korang..Sungguh simple dan tak memerlukan wang ringgit untuk join contest nih..Yang paling penting korang tak yah penat2 nak gi ke pejabat pos semata-mata nak post borang penyertaan.hik3..Tujuan aku join contest nih sebab aku da terpikat dengan flushies yang comey nih..
Sape2 nak join give away nih bleh klik sini. Kalay sape2 yang berminat nak beli flushies bleh pegi terus ke blog nih.http://balqyys.blogspot.com ..Bubbye..

Thursday, June 17, 2010

Dendam Kesumat Aku Dengan Lori Sampah


Salam sume. Malam nih aku nak cite kat korang pasal dendam kesumat aku dengan lori sampah. Kalau difikir2 balik keadaan tue bleh gelak sendiri aku.he3. Korang nak aku cite terus ke korang nak aku bagitau definisi lori sampah dulu...hik3..Lori sampah tue dapat di definisikan sebagai bla bla bla bla bla.he3.Skema je aku kan.he3.Okaylah, satu hari tue lepas aku masak tuk bekpes mak aku ade bgitau:

Emak : ****(nama timangan aku..he3) , nanti jangan lupa buang sampah kat dapur tue ye. Pukul 8 nanti lori sampah nak amik. Jangan lupe plak.
Aku : Ye, nanti orang buangkan. (Walaupun sebonarnye malas nak buang.hik3)

Lepas aku buat bekpes tue aku tido jap. Letih maa. Sebab ari sebelum tue aku tak tido lena sebab aku blaja tuk paper final keesokan hari nye. Tengah aku syiok bermimpi tue mak aku call dari sekolah tempat die mengajar.

Emak : **** da buang tak sampah kat dapur tue?
Aku : Ye, nak buang la nih (sedangkan aku masih kat atas katil hik3)

Aku sambung tido lagi (liat punye anak he3). Baru je aku nak sambung tido, aku terdengar bunyi yang seakan-akan aku pernah dengar tapi dimana ya.he3. Baru aku ingat. Lori sampah da datang. Dengan pengalaman yang aku ade masa aku jadi atlit olahraga kat sekolah dulu (saje aku nak bagitau kat korang dulu aku atlit..hik3) aku lari dengan langkah sejuta (peribahasa baru.hik3) pegi ke dapur amik sampah. Bile da sampai kat depan pintu rumah, aku tengok lori sampah da terpacak kat depan rumah. Yang lawaknye dengan muka yang blurr dan mamai aku tue driver lori tue lambai aku. Oleh sebab nak control ayu kan (he3 poyo), aku pon lambai la die balek sedangkan sebelah tangan aku tue masih lagi pegang plastik sampah.hu3. Sampah kat tangan tue aku buang gak dalam tong sampah dan berharap mak aku takkan perasan yang sampah tue tak kene amik lori sampah. Lau die perasan gak aku da ready da dengan ayat kelentong aku.hik3. Lau die tanye aku bagitau la lori sampah tak amik ari nih..ha3. Kalau difikir2 balik bukan dalam drama tv je bende ni berlaku tapi di alam realiti pon ade gak berlaku dan bende tue terkene kat batang hidung aku sendiri.ha3.

Bola Bowling

Disebabkan kite da cite pasal bende yang hanya berlaku kat dalam tv tapi tak di alam realiti. Aku ade satu cite yang bleh wat aku pecah perut bile difikir2 balik.ha3. Haaa pasal bola bowling la Lepas kitorang abes final exam aku dan dua orang member aku da plan nak gi main bowling, Main punye main tiba la turn member aku sorang nih. Nama die Maya. Dengan muka condifent (he3) dia amik bola oren saiz 6 die tuh. Mase die nak lontar tue kitorang tengok la die lontar bola. Ingatkan bola tue pegi ke depan alih2 bola tue pegi ke belakang. Dengan perasaan yang tidak ade perikemanusian aku dengan member aku sorang gelak la. Ingatkan tak nak gelak kat die. Tapi da tak dapat tahan so gelak je la. Nasib bek la masa tue orang tak ramai sangat sebab masa tue kitorang main ari Jumaat. Kalau tak memang malu tahap gaban la die.he3.

Restoran Nasi Briani

Haaa. Nie satu gi cite yang aku anggap memalukan dan bleh tahan kelakar gak. Mak aku ajak kitorang adik beradik pegi makan nasi briani. Restoran yang die nak pegi tue bukan main jauh gi sedangkan nak makan nasi briani je. Alasan die nasi briani kat restoran tue sedap dan banyak. Sampai kat restoran tue kitorang order la nasi briani ayam dan daging. Mak aku suruh aku tanye kat tokey tue bape sume dan aku bagitau la sume RM32. Dengan condifentnye mak aku bukak la wallet die. Alih2 die bagitau aku duit die tak cukup .Lupe nak pegi ATM kata nye.he3. Nasib baik la masa tue aku bawak wallet, selalunye aku tak bawak wallet (nak jimat duit..ha3) kalau tak terpaksa la aku tercongok-congok tunggu mak aku amik duit. Hu3..Salah satu pengalaman yang aku tak dapat lupa sampai sekarang. Okay la. Sekarang pon da tengah malam, Sampai kat sini je la entry aku. Da tak larat da nak taip lagi.hu3. Entry nie pon da kire panjang macam nak buat novel je.ha3. Bubyee sume.

Banner baru aku



Salam sume...Ni la banner baru aku yang dulunye kecik sekarang da besar cket...he3..Aku tengah bengang nih nape la banner yang aku buat selalu x ngam dengan header blog nih...Aduhhh...Nak edit balik aku da malas..Biarla banner tue terpacak kat blog aku nih buat sementara waktu sebab virus penyakit M aku da datang.he3..Kalau PENYAKIT M aku tak datang nanti aku buat la yang baru.hu3.Kalau ade sape2 yang tau macam mane nak pastikan banner  same dengan saiz header tolonglah ajar aku eh..hik3.."Saya budak baru blaja"..Bubbye..

P/S: Buta Adobe Photoshop...hu3

Wednesday, June 16, 2010

Member@Kawan@Sahabat@Friend@Buddy n etc


Salam sume..Ari nie hati aku terdetik nak wat entry tentang kawan atau bahasa pasarnye member la eh..Sebelum aku wat entry nih aku da wat baca entry tentang kawan kt blog2 len..Bile aku baca pndangan dorang tentang kawan, aku dapat simpulkan setiap sorang ade definisi kawan dorang sendiri. Ade yang menetapkan standard yang tinggi memilih seorang kawan dan ade gak yang men tangkap muat je pilih kawan. Asalkan ade kawan kire ok la eh. Bagi aku, aku tidak menetapkan standard yang tinggi untuk memilih kawan tetapi tidak terlalu rendah gak..Bagi aku yang sederhana itu lebih baik..Chewaahh..Serius betol entry aku kali nih. Member biasa dan member baik pasti ada perbezaannye kan. So, untuk kali ni aku akan bagi pendapat aku tentang perbezaan kedua-dua nye.

Member Biasa
  • Teman lepak-lepak bile free
  • Bile berselisih just tegur je
  • Teman yang hanya ada bile kite senang je
  • Teman yang tak nak ambil tahu nape korang sedih
  • Teman yang bile kite susah dorang cuba lari 100 meter
  • Teman yang tanya pasal assignment korang
  • Teman yang tanya macam mane nak wat keje ni keje tu


Member Baik Punye
  • Bile kite susah dorang selalu tolong kite selesaikan masalah
  • Teman yang tanya korang sihat ke tak?
  • Teman yang tanya ko da makan tak?
  • Teman yang sanggup bagi korang pinjam duit bile korang pokai
  • Teman yang selalu dengar masalah korang walaupun kadang-kadang dorang tak mampu nak selesaikan masalah korang
  • Teman yang selalu jadi pendengar yang baik kepada korang
  • Member yang selalu ade masa korang senang dan susah
  • Teman yang tak berkira dengan korang
  • Teman yang tau ape korang suke dan ape korang tak suke
  • Teman yang tanye nape korang sedih
  • Teman yang selalu wat keje2 giler dengan dorang (tue bagi aku la ehh..he3)
Kesimpulannya
janganlah
cari 
member
yang
(Gambar Hiasan)
 hanya bawak korang main gelongsor..he3
dan 
janganlah cari member yang hanya
 (Gambar Hiasan)
 ada masa korang lapar je...he3
Gurau je..he3..
Kesimpulannya, tepuk dada tanya hati. Andai tersalah pilih kawan binasalah anda...Renung-renungkan dan selamat beramal...he3

Tuesday, June 15, 2010

Kucing Parsi..Sape nak bagi kat aku..hu3


http://www.emocutez.comAku nak kucing parsi. Nak gak. Nak. Nak. Nak. Gedik je kan (he3). Dari dulu gi aku nak bela kucing tapi mak n abah aku x suke kucing (hu3). Kalau nak bela gak terpaksa la aku beli rumah sendiri baru la bleh dapat bela kucing. http://www.emocutez.comNak beli rumah tue 1 gi masalah mane aku nak cekau duit beli rumah plak(he3). Kesimpulannya kene la tunggu 5 tahun gi baru ar bleh bela kucing (hu3). Takpe orang cakap penantian itu suatu kepuasan. Tapi ape kaitan perumpamaan tue dengan kes aku nih..Argghh lantaklah...he3..Sekarang aku da pasang angan-angan nak beli kucing parsi kelabu. Aku suka kucing kaler kelabu nampak kiut gitu..he3..gediks je ko ni niesa...

P/s: Sape yang ade kucing parsi lebih tue bagi r kat aku sekor eh..http://www.emocutez.com he3..Nak kucing kat bawah tue..he3..Bubbye sume...


Friday, June 11, 2010

Janji Kekasih Dalam Slot Zehra

Salam sume...Ari ini aku didalam dilema samada nak tengok Janji Kekasih atau perlawanan Mexico lawan Afrika Selatan.Sebabnye waktu siaran kedua-duanye pada pukul 9 malam.http://www.emocutez.com Tapi aku lebih berminat untuk tengok cite Janji Kekasih. Bagi aku biarla tak tengok perlawanan bola daripada terlepas tengok episod pertama cite nih. Aku minta cite yang ade unsur-unsur keislaman nih.Sebab tue la aku tak teragak-agak nak tengok cite Janji Kekasih nih. Episod pertama da membuatkan aku menangis belom lagi epsidod seterusnye..hu3..Jalan cite nih memang best dan boleh membuatkan kite lebih rapat lagi dengan Allah. Lakonan setiap pelakon memang berkesan terutamanye lakonan Ayu Raudhah. Kalau korang nak tau sebab die la aku menangis tadi...http://www.emocutez.comhe3..Rugi kalau korang tak tengok cite nih dan aku yakin cite ni bakal menyaingi rating Nur Kasih. Jalan cite yang menarik, ade unsur keislaman dan ditambah plak dengan lakonan yang sangat berkesan menjadikan drama ini wajib ditonton oleh anda (Ala-ala promote drama cket...ha3)http://www.emocutez.com..(Poyo betol kanhttp://www.emocutez.comhe3)

Sinopsis Janji Kekasih [ Gua.com.my] 

Slot Zehra yang menghiasi slot perdana malam Jumaat mempersembahkan drama bersiri terbaru ‘Janji Kekasih’ menggantikan ‘Aliff Firdaus’. Ia membariskan pelakon popular dan berbakat seperti Jue Aziz (Karina), Ayu Raudhah (Aliyah), Fezrul Khan (Shah), Dato’ Jalaluddin Hassan (Haji Safuan), Erma Fatima (Hajjah Hashimah), Mustafa Kamal, Ery Putra, Almy Nadia, Iqram Dinzly dan Puteri Sarah.

Drama 13-episod, arahan Feroz Kader ini, berkisar tentang Karina, gadis muda lincah yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan ditatang penuh manja oleh ibunya, Marina. Apa sahaja kemahuan dan permintaan Karina, Marina akan akur. Wang ringgit bukan satu masalah kerana Marina adalah pemilik butik yang berjaya, dan dengan cara inilah dia dapat memastikan bahawa satu-satunya anak kesayangannya tidak ada hubung kait dengan bapa kandungnya, Hashim.

Bosan dengan kerenah ibubapanya yang berlumba-lumba untuk memenangi hatinya, Karina mendaftar masuk ke IPT. Namun usahanya tidak mendatangkan hasil kerana sikapnya yang malas belajar dan lebih suka menghabiskan masa berseronok dan menghabiskan wang ibubapanya bersama Zarul, teman lelakinya.

Kawan sebilik asrama Karina, Aliyah sering menasihati Karina untuk berubah sikap, menjadi lebih bertanggungjawab dan serius dalam pelajaran. Tetapi Karina membentak dan mengatakan hanya dengan cara inilah dia bebas dari dikongkong sesiapa dan dapat melupakan masalah yang dihadapinya. Malah, Karina tergamak mengupah Aliyah untuk membuat tugasan kuliahnya walaupun tahu dilema yang dihadapi Aliyah kerana kesempitan wang.

Jiwa yang sunyi dan sentiasa gelisah ditambah rutin sosial yang sama saban hari menyedarkan Karina betapa kosongnya nilai kehidupan yang dijalani. Ketika hatinya mula terdetik memikirkan kesalahan dan dosa-dosa silam, muncul Syah, seorang pemuda yang dibesarkan dalam suasana keislaman semenjak kecil.

Keluarga Syah memang menjadikan Islam sebagai landasan dan pegangan hidup mereka sekeluarga. Begitupun tidak semua anak-anak Hj Safuan menerima didikan agama yang diberikannya. Terutama Syafiqah, anak keduanya yang belajar di luar negara. Syafiqah memakai tudung kerana takut dimarahi Haji Safuan. Ketika di luar negara, Syafiqah menjalani kehidupan bebas dan terikut-ikut cara hidup barat.

Mula menghayati Islam

Hati Karina berdebar-debar ketika pertama kali mendengar lagu nasyid yang didendangkan Syah sewaktu latihan untuk persembahan malam kesenian Islam, di mana Aliyah dan Sumayah adalah ahli jawatankuasanya. Mesej ketuhanan yang disampaikan Shah, benar-benar mententeramkan jiwanya dan mendorong dirinya untuk mencari jawapan kepada pergolakkan jiwa yang tidak lagi dapat dibendung. Kata Aliyah, mimpi-mimpi ngeri dan rasa takut Karina adalah amaran kepadanya untuk bertaubat.

Perkenalannya dengan Syah semakin mendekatkan jiwanya untuk menghayati Islam. Walaupun tidak menukar penampilannnya yang ’rugged’, Karina sudah berupaya untuk mengawal pergerakan sosial seperti menghentikan kunjungan ke disko atau kelab malam dan menghindari rokok, arak dan lumba motorsikal haram. Malah, duit yang diterima juga selalu didermakan untuk kebajikan dan mereka yang memerlukan.

Namun, tidak semua menyenangi perubahan positif diri Karina. Aliyah yang selama ini ada hati dengan Syah terpaksa mengundurkan diri dan redha apabila Syah memilih Karina. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.

Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda.

Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.

Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah?

Nantikan jawapannya menerusi drama ’Janji Kekasih’, di slot Zehra TV3, mulai 11 Jun, setiap Jumaat, jam 9 malam.

P/s: Sokonglah Drama Tempatan..yeahahhhhttp://www.emocutez.com

Demam World Cup????dan Ada Apa Dengan Argentina dan Korea Selatan

Salam sume...Hari ini bermulalah World Cup yang kite tunggu2..Empat tahun sekali tue..Kalau isteri sempat melahirkan 4 orang anak kn..he3..Kalau da bermula nye World Cup nih, kaum Hawa akan makan hati berulam jantung ler sebab kaum Adam akan sebok dengan bola bola dan bola..Dalam tido pun masih ingat dengan bola nih..he3..Nak wat macam mane kan lelaki dan bola tidak dapat dipisahkan..Tapi tidak semestinya kaum lelaki je yang minat dengan bola nih, kaum perempuan pon ade gak yang minat dengan bola nih. Macam aku untuk World Cup tahun nih aku sokong Argentina dan untuk Asia plak aku sokong Korea Selatan. Aku lebih rela sokong Korea Selatan daripada Korea Utara yang terlalu bongkak tue..Anti North Korea...ha3..


Mesti korang tertanye2 nape aku pilih kedua-dua negara ini sedangkan banyak lagi pasukan yang kuat seperti Sepanyol, German, Brazil, Portugal. Sebab utama aku pilih Argentina aku nak tengok  Diego Maradona menguruskan pasukannya dan aku yakin akan banyak kejutan yang beliau akan lakukan untuk memastikan pasukannya membawa pulang Piala Dunia untuk tahun ni. Untuk Korea Selatan plak aku pilih sebab aku nak tengok semangat mereka untuk bersaing dengan pasukan-pasukan yang besar. Disebabkan kedua-dua pasukan ini berada dalam kumpulan yang sama iaitu Kumpulan B, aku terpaksa memilih Argentina menjadi juara kumpulan B..Minta maaf ye Korea Selatan...he3.Sebab sampingan aku pilih Argentina ialah????Tengok kt bawah tue...he3


Ye...Sebab Lionel Messi.he3.(ngada2 je kan..he3).Sekarang hangat memperkatakan sape yang bakal menyinar untuk Piala Dunia musim nih Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo..Tanpa berfikir panjang dan setelah menimbang baik dan buruk (he3), aku memilih Lionel Messi sebagai pemain terbaik untuk Piala Dunia nih..ha3..Okay la. Sampat kat sini je la entry aku ari nih...Bubbye sume..

P/S: Tengok2 gak Piala Dunia, kesihatan jangan plak diabaikan...he3..renung2kan dan selamat beramal..he3

Thursday, June 10, 2010

Nape Tak Bleh Nak Lelap Nie???

Salam....Tajuk entry yang sangat panjang bukan tapi nak wat macam mane memang xde rasa nantuk (ayat manja..he3) pon...hu3..Untuk entry kali nih aku nak share kat korang satu lagu yang boleh dikatakan liriknye amat meruntum jiwa aku dan membuatkan air mata aku jatuh seperti air terjun (yang part air terjun tue auta semata-mata ye..he3). So, korang layan la lagu ni eh..Siap bagi lirik lagi..Amik korang...he3..Bubbyee sume..Lau boleh bagi komen untuk enrty nie (ngada2 je kn...he3)  

Revalina - Ceritaku

Di malam ini , Di waktu ini
Ku masih terkenang dirimu
Biarpun tiada kau disisi , diriku .
Senyumanmu , raut wajah mu
Membuatku terus merindumu
Biarpun kau meninggalkan aku , cintaku .

Ku cuba tanpamu disisi
Ku cuba tanpa hidup denganmu
Meskipun ku tak mampu lupakan mu , kasihku .
Ku cuba tanpamu dihati
Ku cuba berhenti merindukan mu
Ternyata tiada pengganti dirimu , selamanya .

Sedetik ini , ketika ini
Ku masih memikirkan mu
Dimanakah dirimu kini , gadisku .
Andai aku , ulangi lagi
cerita aku dengan kamu
Takkan ku menyakiti hatimu , bintangku .

Ku cuba tanpamu disisi
Ku cuba tanpa hidup denganmu
Meskipun ku tak mampu lupakan mu , kasihku .
Ku cuba tanpamu dihati
Ku cuba berhenti merindukan mu
Ternyata tiada pengganti dirimu , selamanya .
Kini . . . .
 


Wednesday, June 9, 2010

Minggu Suai Kenal POLIKU Sesi Jan 2010

Salam sume...Jam da menunjukkan pukul 12.48 mlm tapi mata aku x gak mengantuk (hu3). Jadi aku amik keputusan untuk tulis entry baru sebab sekarang aku tengah busanla sangat2..Sebelum nak tulis entry ni perut aku terasa lapar la plak kan.(kriokkerukkrekkruek...ha3)
Jeng3...Oleh sebab perut aku lapar, aku goreng jew  lebihan nasi yang aku masak tengah ari semalam. Okay berbalik kepada tajuk entry aku kali nih, untuk sesi jan 2010 aku telah dapat tawaran untuk jadi AJK untuk Minggu Suai Kenal @ lebih mesra dipanggil MSK. Walaupun entry ni kire da outdated sangat2 tapi aku tetap gak nak share pengalaman aku kat korang sume. Sebab MSK kali nih sangat2 la berlainan berbanding MSK yang dulu2. Masa dulu aktiviti MSK lebih banyak ke arah ceramah. Yang paling x syioknye freshie terpaksa dengar  ceramah dari pagi hingga ke petang dan berlanjutan sepanjang minggu MSK. Aku masih ingat lagi freshie perempuan India yang selalu aku tegur masa MSK. Korang nak tau tak nape aku tegur die. Sebabnye die tido masa tetamu jemputan tengah wat ceramah.hik3.Tapi untuk sesi jan 2010 segala intipati dan aktiviti untuk MSK kali ini sangat2 la berlainan sebab aktiviti yang dirancang lebih banyak ke arah aktiviti dalam kumpulan daripada aktiviti menceramahkan freshie. Sebagai AJK MSK kali ni kitorang sangat2 la berbangga sebab POLIKU merupakan pihak yang pertama menjalankan aktiviti LATIHAN DALAM KUMPULAN untuk freshie sesi ni. Banyak sangat aktiviti2 yang menarik. Antaranya sesi ICEBREAKING, JALAN-JALAN CARI POLIKU, PATRIOTIK, SUKANEKA, MALAM MUHASABAH DIRI dan banyak gi.

 Nie aktiviti memotong tiket wayang..oppss salah..kupon makan la.. 
Masa pendaftaran pelajar baru


 Aktiviti riadah

Gambar-gambar Exco

Beklah setakat nie saje entry aku kali nie. Mata aku pon da ngantuk. Banyak gi gambar masa nih tapi tak larat aku nak uploada sume beribu tue weh..hu3..Sebelum tue aku nak bgitau korang MSK kali nie memang best dan aku dapat banyak gak kawan baru..he3..Bubye..Enjoy dengan entry aku kali erk.