ShoutMix chat widget

::..Geng Cik Niesa..::

Friday, June 11, 2010

Demam World Cup????dan Ada Apa Dengan Argentina dan Korea Selatan

Salam sume...Hari ini bermulalah World Cup yang kite tunggu2..Empat tahun sekali tue..Kalau isteri sempat melahirkan 4 orang anak kn..he3..Kalau da bermula nye World Cup nih, kaum Hawa akan makan hati berulam jantung ler sebab kaum Adam akan sebok dengan bola bola dan bola..Dalam tido pun masih ingat dengan bola nih..he3..Nak wat macam mane kan lelaki dan bola tidak dapat dipisahkan..Tapi tidak semestinya kaum lelaki je yang minat dengan bola nih, kaum perempuan pon ade gak yang minat dengan bola nih. Macam aku untuk World Cup tahun nih aku sokong Argentina dan untuk Asia plak aku sokong Korea Selatan. Aku lebih rela sokong Korea Selatan daripada Korea Utara yang terlalu bongkak tue..Anti North Korea...ha3..


Mesti korang tertanye2 nape aku pilih kedua-dua negara ini sedangkan banyak lagi pasukan yang kuat seperti Sepanyol, German, Brazil, Portugal. Sebab utama aku pilih Argentina aku nak tengok  Diego Maradona menguruskan pasukannya dan aku yakin akan banyak kejutan yang beliau akan lakukan untuk memastikan pasukannya membawa pulang Piala Dunia untuk tahun ni. Untuk Korea Selatan plak aku pilih sebab aku nak tengok semangat mereka untuk bersaing dengan pasukan-pasukan yang besar. Disebabkan kedua-dua pasukan ini berada dalam kumpulan yang sama iaitu Kumpulan B, aku terpaksa memilih Argentina menjadi juara kumpulan B..Minta maaf ye Korea Selatan...he3.Sebab sampingan aku pilih Argentina ialah????Tengok kt bawah tue...he3


Ye...Sebab Lionel Messi.he3.(ngada2 je kan..he3).Sekarang hangat memperkatakan sape yang bakal menyinar untuk Piala Dunia musim nih Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo..Tanpa berfikir panjang dan setelah menimbang baik dan buruk (he3), aku memilih Lionel Messi sebagai pemain terbaik untuk Piala Dunia nih..ha3..Okay la. Sampat kat sini je la entry aku ari nih...Bubbye sume..

P/S: Tengok2 gak Piala Dunia, kesihatan jangan plak diabaikan...he3..renung2kan dan selamat beramal..he3

No comments: