ShoutMix chat widget

::..Geng Cik Niesa..::

Saturday, July 31, 2010

::.. 3 3 Sekupang..::


Salam sume..lama da aku tak menghapdate blog nih..Idea mencurah-curah ke ladang gandum tapi penyakit M aku mengatasi segalanya..chewahh..Okay kita straight to da point je eh..Baru-baru nih dalam semangat mengemas rumah aku berkobar-kobar aku terjumpa handset yang da lama aku tak jumpa. Lepas aku beli handset baru, 3310 tue aku bagi kat mak aku. Abes madu sepah dibuang..he3.. Bila aku tanya mane handset yang aku bagi tue mak aku dengan riak muka die yang takde rasa bersalah bagitau yang handset tue da hilang. Aku tanya betol kew da hilang. Aku tanya lagi sekali sebab nak dapatkan kepastian sebab mak aku ni selalu sangat membelitkan fakta...ha3..Alih-alih 2 minggu lepas aku terjumpa handset 3310 aku tue kat dalam almari baju mak aku. Dengan perasaan sedih dan dukacitanya aku mengeluh. Kepada Puan Jasmina anda telah menipu anakmu yang tak berdosa nih...ha3,,poyo jew statement aku nih...

Sayang betol aku dengan handset aku nih sebab banyak sangat suka duka aku dengan handset nih..(nak kasi mood sedih cket..ha3)..3310 nih handset pertama aku. Aku nih antara orang yang lambat dalam bab-bab teknologi nih coz aku dapat handset pertama lepas Form 5. Sekarang budak-budak umo 7 tahun pon da ade handset siap ade 3g lagi..Handset ni pernah gak kena baling kat hostel. Nasib baik tak terkelur dari tingkap bilik..ha3..Handset ni jugak pernah mendapat mesej jiwang. Kali pertama aku dapat mesej jiwang. Tapi malangnya mesej tue tak sempat hidup lama dalam handset tue coz aku terus delete. Mesej tue pon aku tak sempat baca habis sebab ayatnya terlalu maha jiwang. Padan muka dengan orang yang hantar mesej tue sape suruh hantar mesej dengan budak heartless semester 1 macam aku..Handset ni jugak pernah dapat call dari budak yang tak reti tido malam yang mengganggu budak heartless tengah lena dibuai mimpi.ha3. Lepas 2 3 patah dak laki tue cakap aku dengan sepantas kilatnya endcall...Handset ni aku sempat pakai sampai semester 1 jew...Lepas semester 2 aku da tukar handset baru..Almaklum la poket penuh dengan duit PTPTN...ha3..

No comments: