ShoutMix chat widget

::..Geng Cik Niesa..::

Wednesday, August 11, 2010

Hasil Selongkar Loker

          Salam sume. Ari ni aku nak cite pasal barang misteri yang aku jumpe hasil daripada misi menyelongkar loker yang dah lama tak bukak. Bukak punye bukak aku terjumpa benda yang dah lama aku tak jumpa. Nak tau tak ape yang aku jumpe. Jeng jeng jeng. Hik3. Aku terjumpa gambar-gambar aku masa kecik dulu. Kalau tak silap aku masa tue aku masih berumur lingkungan  3 tahun ke 4 tahun gitu. Bila tengok balik aduhhh malunye..Nak tengok tak?. Nah. Amik ko. He3. Tengok jew tapi jangan komen. Ho3



          Kalau korang nak tau budak yang kat atas ni, bukan aku eh budak ni sorang budak yang teramat nakal. Nak tau tak ape yang budak kecik ni slalu buat. Jom tengok kat bawah ni. He3

1. Suka main mancis tapi bila da besar takut plak dengan mancis. He3
2. Suka main kat parit. Adat la eh budak kecik memang suke main kat parit. (Ayat cover line..hu3)
3. Suka main lumpur bila balik ke kampung. 
4. Suka buli budak laki. Pernah tarik telinga budak laki yang 3 tahun lebih tua daripada die. Tak sedar diri budak tue kecik. He3. Die tarik pon sebab budak laki tue buli kawan die. Ha3
5. Suke main wau tapi tak pernah berjaya menerbangkan wau. Tiap kali kalau nak main wau die akan upah budak laki untuk menerbangkan wau. Upah die murah jew. 50 sen jew. He3
6. Kapten bola sepak kat kampung bawah 6 tahun. Ha3
7. Pernah jatuh longkang akibat daripada merempit. Rempit pon bukan guna motosikal k. Guna basikal jew. He3
8. Budak kecik ni suke berniaga ya kawan2. Budak ni pernah menjual kopi dan buah jambu keliling kampung. Tak pernah tak abes k. Ho3. Puji diri sendiri. He3

Aku percaya korang pon ade pengalaman macam aku gak kan, So, share2 la cite korang kat sini.: )


No comments: