ShoutMix chat widget

::..Geng Cik Niesa..::

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak


          Salam sume..Lama da aku tak menghapdate belog yang da semakin berhabuk nie. Nak kata sebok memanjang tak jugak tapi penyakit malas nak hapdate tu yang sentiasa menghantui aku..ha3..Bila la aku nak berubah kan. So, entry yang aku buat ari ni berkaitan dengan bulan Ramadhan Al-Mubarakh. Aku adalah antara orang yang paling lambat buat ucapan Selamat Berpuasa tapi takpe la janji ado. Hari kedua buat ucapan taklah lambat sangat. Kalau mingggu kedua baru nak buat ucapan tue memang sah2 nak kena hempuk. 

          Hari aku sebagai blogger yang agak baru nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh kepada semua blogger dan seluruh umat Islam seantero dunia. Diharap bulan Ramadhan ini dapat memberikan kita peluang untuk beribadat kepada Allah SWT. Dengan keseronokan kita menjamu juadah berbuka puasa dan membeli juadah di bazaar, janganlah kita lupa kepda orang yang tidak bernasib baik di luar sana ye. Berhemahlah semasa membeli makanan di bazaar. Jangan beli mengikut nafsu, kalau ikut nafsu sume makanan yang ade kat bazaar nak diborong. Macam la sume makanan tue nak pupus ditelan dek zaman..he3. Akhir sekali, Ramadhan bukan bulan untuk kita makan tapi bulan untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah.


3 comments:

AISHA SAAD said...

selamat berpuasa jugakk!
selamat hari raya sekali!
heee~

Saia Az said...

salam ramadhan , sorry eyh kalau da salah n silap , moga2 ramadhan kali ini membawa satu kenikmatan dan pengajaran yang baik serta di beri ganjaran pahala yang berganda-ganda daripada bulan2 yang lain , banyakkan pahala , kurangkan dosa :)

niesamohammad said...

Aisha Saad: Selamat Berpuasa gak n Selamat Hari Raya..he3
Saia Az: Salam Ramadhan buat Saia jugak...he3